Tuesday, 23 December 2014

HASIL AKHIR KARYA MANUSIA PERAK

 Hasil akhir yang telah saya dapat:




#pandangan setiap sudut karya:


i.) Pandangan depan



ii.) Pandangan sisi kiri



iii.) Pandangan belakang


iv.) Pandangan sisi kanan



v.) Pandangan separuh kiri



Saturday, 20 December 2014

MEMEK MUKA KARYA PERAK MAN

 Memek muka ini melambangkan sesuatu yang difikirkan oleh seseorang. Kepelbagaian memek muka dapat ditafsirkan. Sehubungan dengan itu, dalam karya arca perak man ini terdapat tujuh memek muka yang berbeza telah dihasilkan.

i.)

 ii.)


 iii.)


iv.)


v.)


vi.)


vii.)

PROSES KERJA KARYA ARCA PERAK MAN


PROSES KERJA

  1.) Bentukan tanah yang telah dicampur dengan rubber silicon untuk menjadi bentuk manusia perak yang diinginkan.



2.) ukir jalinan untuk menampakkan lagi nilai estetika atas tanah yang telah dibentuk.






 3.) POP dibancuh dalam bekas





 4.) POP digaul dengan tangan agar sebati





5.) keluarkan semula tanah setelah pop membeku atau menjadi keras secar cikit demi sedikit.






6.) Proses memleburkan timah untuk dituang dalam acuan POP.




7.) Proses memecahkan POP setelah timah yang dituang sejuk dan beku untuk mendapatkan bentuk yang diinginkan.








8.) Membersihkan arca yang telah siap dengan membuang sisa-sisa POP yang melekat.





9.) Hasil karya yang telah siap.









PROJEK AKHIR ARCA ( PERAK MAN ) SUMBER IDEA

SUMBER IDEA 

PERAK MAN
Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah LenggongHulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasamaJabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. 
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyaicongenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.


PERAK MAN


Monday, 3 November 2014

TOKOH - TOKOH SENI ARCA DUNIA DAN MALAYSIA


TOKOH ARCA TEMPATAN


Anthony Lau Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Johor Bahru, dan menerima pendidikan Seni di Brighton College of Art, Sussex, England pada tahun 1957 dan Indiana University di Bloomingtoon, Amerika Syarikat pada tahun 1968. Beliau berjaya mempengaruhi pelukis-pelukis muda dan guru-guru seni lukis pada lewat tahun 1950-an dengan konsep-konsep yang terbaru. Sumbangan utama beliau kepada kegitan seni ialah dalam bidang seni arca. Beliau merupakan seorang daripada ahli Friday Art Group seangkatan dengan Syed Ahmad Jamal dan juga Jolly Koh. Beliau adalah antara daripada seseorang yang mempunyai sikap yang kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional dalam suatu seni arca yang dihasilkan beliau.







Anthony Lau –  Karya :“Rimba”






 Azhar Abdul Manan 
Tahun: September, 1989, 

Tajuk Arca : "Aku Lihat Warisan yang Hilang"

Ukuran : 56x100x100cm





Arcawan : Bayu Utomo Radjikin
Tajuk Arca : "Bujang Berani" 
Tahun : 1991
Bahan :  Logam dan POP, 
Ukuran : 55x100x100cm




Mad Anuar Ismail
Tajuk Arca :  "Pemain Rebat No.1" 
Tahun :1991,
Bahan : Ukiran Kayu, 
Ukuran : 400 x 240 x 100cm




Zulkifli Yusoff

Beliau dilahirkan pada 25 Januari 1962 di Yan, Kedah.  Beliau mendapat pendidikan awal di MARA Institute of Technology (MIT), Shah Alam, Malaysia dan memperoleh Diploma in Art & Design (Fine Art). Beliau kemudiannya menyambung pelajarn ke peringkat lebih tinggi dengan mengambil Master of Art di Manchester Polytechnic, UK. Beliau kini merupakan antara salah seorang tenaga pengajar di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI sehingga kini.

 Antara karya beliau ialah :: 'Negaraku' secara saksama juga adalah otobiografi Zulkifli: beliau menangkap imejan, tanda, atau suatu yang menjadi kebiasaan masyarakat yang dilihat dan didengarinya dari Yan, Shah Alam, Kelang, sehinggalah ke bumi Tanjung Malim dan sudah tentunya juga tempat-tempat lain yag dilawati dan disinggahi oleh beliau. Sema diluahkan menjadi kolaj-kolaj sejarah dan sosio-budaya sebuah negara bernama MALAYSIA. Dekad 1960-an dan 70-an Malaysia adalah zaman awal 'pengisian kemerdekaan' bagi negara, di mana pihak kerajaan yang memerintah bertungkus lumus memenangi hati rakyta dengan pelbagai rancangan masa hadapan di samping mempertahankan rakyat dan budayanya dari terus diresapi oleh ansir-anasir yang tidak diingini.


Bunga Raya, 2010, metal etching 580 x 480 x 253 cm


Merdeka, 2010 mixed media installation





TOKOH ARCA LUAR



Arcawan : Alberto giacometti 
Tajuk Arca :  'Woman with Throat Cut'



Arcawan : Donatello, 

Tajuk Arca : "David" (1416)



Arcawan : Henry Moore

Tajuk Arca : "Reclining Figure"


Arcawan : Michealangelo 
Tajuk Arca: “Moses”


Arcawan : Alberto Giacometti
Tajuk Arca : Figure







Pengarca terkenal dalam penghasilan arca stabail ialah Jean Tinguely. Dilahirkan di Switzerland pada tahun 1925. Beliau meminati bidang seni semasa belajar di Bale antara tahun 1941-1945. Tinguely mula membuat eksperimen berkaitan penerokaan ruang melalui penghasilan arca menggunakan motor elektrik. Pembabitan serius beliau dalam bidang ini bermula apabila berhijrah ke Perancis dan bercampur dengan beberapa tokoh seni di sana. Salah satu arca stabail yang dihasilkan bertajuk ‘Homeage New York: A self Construction and self Detroying Work of Art’.



Homeage New York: A self Construction and self Detroying Work of Art’.

Arca ini paling sukar untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca ini terdiri daripada pelbagai bahan terbuang. Tinguely berjaya mengolah bahan-bahan berkenaan menggunakan alat kimpalan. Beliau menggunakan teknik olah, uun, cantum dan lekat dalam menghasilkan arca ini. persembahan karya arca ini memerlukan penerangan yang teliti oleh pengarca dan pemerhatian yang teliti oleh penonton untuk memahami maksud tersirat pada arca ini

HASIL PROJEK ARCA

HASIL KARYA AKHIR

Karya akhir ini bertemakan Warisan Malaysia. Sehubungan dengan itu saya memilih keris dan juga gamelan. Ia merupakan peralatan tradisional masyarakat melayu. keris merupakan alat pertahanan diri manakala gamelan merupakan alat muzik.



PERKEMBANGAN IDEA


Setiap karya yang dihasilkan harus melalui beberapa proses.

Proses :
           
     1.) Melakar idea


lakaran pertama



lakaran kedua



lakaran ketiga



lakaran keempat



lakaran kelima


 
   2.) Proses membuat arca

           Proses membuat arca timbulan yang pertama adalah menggunakan tanah liat. Tanah liat hendaklah diisikan dalam acuan yang berukuran 6x6 inci.


tanah liat




Proses membuat kayu berukuran 6x6 inci



Tanah liat dimasukkan dalam ruang kayu 6x6


Meratakan tanah dalam ruang kayu




Tanah diukir mengikut lakaran idea yang telah dipilih


Bentuk yang telah siap diukir pada tanah liat