Monday 3 November 2014

TOKOH - TOKOH SENI ARCA DUNIA DAN MALAYSIA


TOKOH ARCA TEMPATAN


Anthony Lau Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Johor Bahru, dan menerima pendidikan Seni di Brighton College of Art, Sussex, England pada tahun 1957 dan Indiana University di Bloomingtoon, Amerika Syarikat pada tahun 1968. Beliau berjaya mempengaruhi pelukis-pelukis muda dan guru-guru seni lukis pada lewat tahun 1950-an dengan konsep-konsep yang terbaru. Sumbangan utama beliau kepada kegitan seni ialah dalam bidang seni arca. Beliau merupakan seorang daripada ahli Friday Art Group seangkatan dengan Syed Ahmad Jamal dan juga Jolly Koh. Beliau adalah antara daripada seseorang yang mempunyai sikap yang kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional dalam suatu seni arca yang dihasilkan beliau.







Anthony Lau –  Karya :“Rimba”






 Azhar Abdul Manan 
Tahun: September, 1989, 

Tajuk Arca : "Aku Lihat Warisan yang Hilang"

Ukuran : 56x100x100cm





Arcawan : Bayu Utomo Radjikin
Tajuk Arca : "Bujang Berani" 
Tahun : 1991
Bahan :  Logam dan POP, 
Ukuran : 55x100x100cm




Mad Anuar Ismail
Tajuk Arca :  "Pemain Rebat No.1" 
Tahun :1991,
Bahan : Ukiran Kayu, 
Ukuran : 400 x 240 x 100cm




Zulkifli Yusoff

Beliau dilahirkan pada 25 Januari 1962 di Yan, Kedah.  Beliau mendapat pendidikan awal di MARA Institute of Technology (MIT), Shah Alam, Malaysia dan memperoleh Diploma in Art & Design (Fine Art). Beliau kemudiannya menyambung pelajarn ke peringkat lebih tinggi dengan mengambil Master of Art di Manchester Polytechnic, UK. Beliau kini merupakan antara salah seorang tenaga pengajar di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI sehingga kini.

 Antara karya beliau ialah :: 'Negaraku' secara saksama juga adalah otobiografi Zulkifli: beliau menangkap imejan, tanda, atau suatu yang menjadi kebiasaan masyarakat yang dilihat dan didengarinya dari Yan, Shah Alam, Kelang, sehinggalah ke bumi Tanjung Malim dan sudah tentunya juga tempat-tempat lain yag dilawati dan disinggahi oleh beliau. Sema diluahkan menjadi kolaj-kolaj sejarah dan sosio-budaya sebuah negara bernama MALAYSIA. Dekad 1960-an dan 70-an Malaysia adalah zaman awal 'pengisian kemerdekaan' bagi negara, di mana pihak kerajaan yang memerintah bertungkus lumus memenangi hati rakyta dengan pelbagai rancangan masa hadapan di samping mempertahankan rakyat dan budayanya dari terus diresapi oleh ansir-anasir yang tidak diingini.


Bunga Raya, 2010, metal etching 580 x 480 x 253 cm


Merdeka, 2010 mixed media installation





TOKOH ARCA LUAR



Arcawan : Alberto giacometti 
Tajuk Arca :  'Woman with Throat Cut'



Arcawan : Donatello, 

Tajuk Arca : "David" (1416)



Arcawan : Henry Moore

Tajuk Arca : "Reclining Figure"


Arcawan : Michealangelo 
Tajuk Arca: “Moses”


Arcawan : Alberto Giacometti
Tajuk Arca : Figure







Pengarca terkenal dalam penghasilan arca stabail ialah Jean Tinguely. Dilahirkan di Switzerland pada tahun 1925. Beliau meminati bidang seni semasa belajar di Bale antara tahun 1941-1945. Tinguely mula membuat eksperimen berkaitan penerokaan ruang melalui penghasilan arca menggunakan motor elektrik. Pembabitan serius beliau dalam bidang ini bermula apabila berhijrah ke Perancis dan bercampur dengan beberapa tokoh seni di sana. Salah satu arca stabail yang dihasilkan bertajuk ‘Homeage New York: A self Construction and self Detroying Work of Art’.



Homeage New York: A self Construction and self Detroying Work of Art’.

Arca ini paling sukar untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca ini terdiri daripada pelbagai bahan terbuang. Tinguely berjaya mengolah bahan-bahan berkenaan menggunakan alat kimpalan. Beliau menggunakan teknik olah, uun, cantum dan lekat dalam menghasilkan arca ini. persembahan karya arca ini memerlukan penerangan yang teliti oleh pengarca dan pemerhatian yang teliti oleh penonton untuk memahami maksud tersirat pada arca ini

HASIL PROJEK ARCA

HASIL KARYA AKHIR

Karya akhir ini bertemakan Warisan Malaysia. Sehubungan dengan itu saya memilih keris dan juga gamelan. Ia merupakan peralatan tradisional masyarakat melayu. keris merupakan alat pertahanan diri manakala gamelan merupakan alat muzik.



PERKEMBANGAN IDEA


Setiap karya yang dihasilkan harus melalui beberapa proses.

Proses :
           
     1.) Melakar idea


lakaran pertama



lakaran kedua



lakaran ketiga



lakaran keempat



lakaran kelima


 
   2.) Proses membuat arca

           Proses membuat arca timbulan yang pertama adalah menggunakan tanah liat. Tanah liat hendaklah diisikan dalam acuan yang berukuran 6x6 inci.


tanah liat




Proses membuat kayu berukuran 6x6 inci



Tanah liat dimasukkan dalam ruang kayu 6x6


Meratakan tanah dalam ruang kayu




Tanah diukir mengikut lakaran idea yang telah dipilih


Bentuk yang telah siap diukir pada tanah liat