SUMBER IDEA
PERAK MAN
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh
Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof
Zuraini Majid, dengan kerjasama
Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang
Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di
Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai
congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.
Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu
kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh
Malaysian Archaeological Research Centre USM.
PERAK MAN