Wednesday, 8 October 2014

KAJIAN DAN SUMBER IDEA

TEMA PROJEK : TAFSIRAN TERHADAP MALAYSIA.....


       SUMBER IDEA

i.) keris

Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.
Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris berasal dari kerajaan Srivijaya. Kepulauan Jawa dan gambaran keris terdapat di Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.


Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.





keris



ii.) gamelan


Gamelan

Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.

   Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan sebagainya.


gamelan







ARCA?????


PENGENALAN ARCA

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Arca biasanya diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Arca mempunyai nilai estetik yang tersendiri yang boleh dihayati dengan pengamatan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak. Arca realistik menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca tersebut.  Arca dicipta untuk memperingati sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu masa samaada peristiwa bersejarah atau kehidupan seseorang tokoh. Arca juga telah dianggap sebagai satu seni awam yang dipamerkan untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara.



Reclining Mother and Child, 1975,
Henry Moore, (British, 1898-1986)
bronze, 94.5” x 53.5” x 47.5”


Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951


JENIS - JENIS ARCA
a.) Arca Asemblaj

      Arca ini merupakan cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza. Digabungkan menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak.  Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to New York”, karya Jean Tinguely. Arca ini mempunyai nilai estetik yang menimbulkan sesuatu makna.





b.) Arca Binaan 
Arca ini ialah cantuman daripada bahan-bahan yang sama.  Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asas atau bahagian dalaman.  Kebiasaannya  arca jenis ini diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandungi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan.



c.) Arca Timbulan
      Arca timbulan merupakan satu karya yang dihasilkan daripada karya dua deminsi yang ditimbula\kan. Arca ini dikenali sebagai arca relief yang mempunyai dua kombinasi iaitu catan dan arca. Arca jenis nin memang popular sejak zaman dahulu. Manusia zaman dahulu menghasilkannya dengan memotong, memahat atau mengorek sesuatu bahan untuk menimbulkan permukaan supaya nampak menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah pengarca yang popular dengan arca ini dan menampilkan dan mempengaruhi aliran kiubisme dalam arca timbulan.

Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)




Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931

d.) Arca Mobail
     Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Arca ini juga dikenali sebagai arca kinetik. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Ideanya daripada planet dan digantung dengan dawai



Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris

Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali



Idea daripada rama-rama yang berwarna-warni

e.) Arca stabail
     
    Arca stabail ini merupakan arca yang dibina yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Arca ini juga merupakan kombinasidaripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj. 


Calder, Alexander
"Hallow Egg" (1939)

Calder, Alexander
"stabile, Paris-La-Defense" (1976)







f.)Arca Gabungan

 i.) Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.

Objek yang hendak disusun boleh digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.


ii.)Boneka


Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau haiwan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, mahupun bahan buatannya ternyata berbeza pada masa dulu dan sekarang.
Mummy Art Doll
Handmade,OOAK art doll sculpture.
Mixed media including fabric and PaperClay.
Height: 7.75", Width: 4.25", Depth: 1.75"

Stylized Martial Arts Sculpture Doll
Wearing Orange Gi
iii.) Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan mata kasar.

Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.

Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.

Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku

Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.




iv.) Topeng

Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi muzik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk menghormati pesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng yang pelbagai mengambarkan watak.

Kehidupan masyarakat moden kini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk karya seni tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetik yang dimilikinya, tetapi sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan magis yang sulit dijelaskan.


Mask (opharo edjo)
Wood, pigment, encrustation. H. 32 cm.
Private Collection, Belgium



f.) Arca Tambahan
Merupakan arca yang dibuat daripada bahan-bahan lembut seperti tanah-tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Selain itu, terdapat juga bahan cair seperti simen dan "plaster of paris" yang dikeraskan atau dibekukan.


Tugu Negara