PENGENALAN
ARCA
Arca
adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai
serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa
latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan
menguris. Arca biasanya diletakkan di dalam suatu
ruang untuk tujuan pameran. Arca mempunyai nilai estetik yang tersendiri yang
boleh dihayati dengan pengamatan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan
arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam
bentuk realistik atau bentuk abstrak. Arca realistik menampilkan objek
sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia.
Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan
yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca tersebut. Arca dicipta untuk
memperingati sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu masa samaada
peristiwa bersejarah atau kehidupan seseorang tokoh. Arca juga telah dianggap
sebagai satu seni awam yang dipamerkan untuk menegaskan sesuatu dengan cara
yang lebih ketara.
Reclining Mother and Child, 1975,
Henry Moore, (British, 1898-1986)
bronze, 94.5” x 53.5” x 47.5”
Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951
JENIS - JENIS ARCA
a.) Arca
Asemblaj
Arca
ini merupakan cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza. Digabungkan
menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60.
Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan
terpakai atau buruk dan rosak. Arca
Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to New York”, karya Jean Tinguely. Arca ini mempunyai nilai estetik yang menimbulkan sesuatu makna.
b.) Arca Binaan
Arca
ini ialah cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik
kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai
struktur asas atau bahagian dalaman. Kebiasaannya
arca jenis ini diperbuat daripada dawai,
keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandungi lapisan lain seperti bancuhan
simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti
logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan.
c.) Arca Timbulan
Arca timbulan merupakan satu karya yang dihasilkan daripada karya dua deminsi yang ditimbula\kan. Arca ini dikenali sebagai arca relief yang mempunyai dua kombinasi iaitu catan dan arca. Arca jenis nin memang popular sejak zaman dahulu. Manusia zaman dahulu menghasilkannya dengan memotong, memahat atau mengorek sesuatu bahan untuk menimbulkan permukaan supaya nampak menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah pengarca yang popular dengan arca ini dan menampilkan dan mempengaruhi aliran kiubisme dalam arca timbulan.
Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)
Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Arca ini juga dikenali sebagai arca kinetik. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.
Ideanya daripada planet dan digantung dengan dawai
Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris
Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali
Idea daripada rama-rama yang berwarna-warni
e.) Arca stabail
Arca stabail ini merupakan arca yang dibina yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Arca ini juga merupakan kombinasidaripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.
Calder, Alexander
"Hallow Egg" (1939)
Calder, Alexander
"stabile, Paris-La-Defense" (1976)
f.)Arca Gabungan
i.) Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau haiwan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, mahupun bahan buatannya ternyata berbeza pada masa dulu dan sekarang.
Mummy Art Doll
Handmade,OOAK art doll sculpture.
Mixed media including fabric and PaperClay.
Height: 7.75", Width: 4.25", Depth: 1.75"
Stylized Martial Arts Sculpture Doll
Wearing Orange Gi
iii.) OrigamiOrigami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan mata kasar.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.
iv.) Topeng
Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi muzik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk menghormati pesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng yang pelbagai mengambarkan watak.
Kehidupan masyarakat moden kini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk karya seni tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetik yang dimilikinya, tetapi sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan magis yang sulit dijelaskan.
Mask (opharo edjo)
Wood, pigment, encrustation. H. 32 cm.
Private Collection, Belgium
f.) Arca Tambahan
Merupakan arca yang dibuat daripada bahan-bahan lembut seperti tanah-tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Selain itu, terdapat juga bahan cair seperti simen dan "plaster of paris" yang dikeraskan atau dibekukan.
Tugu Negara
No comments:
Post a Comment